Wednesday 27 June 2012

GERKO MINGGU KE 23

Program hari ini adalah....
1) Perlawanan Bola Sepak antara Rumah (Lelaki)
2) Pelawanan Bola Tampar antara Rumah (Perempuan)

Johan Bola Sepak - Rumah Kuning
Johan Bola Tampar - Rumah Kuning

Wednesday 20 June 2012

SENAMROBIK SERENTAK 1M1S 1 MALAYSIA 2012

1. Tarikh dan masa
           1.1        Tarikh : 10 Julai 2012 (Selasa)
1.2       Masa bermula senamrobik  : 8.00 pagi

2.         Tempoh Masa Senamrobik
2.1       Masa senamrobik adalah selama 35 minit.
2.2       Peserta seboleh-bolehnya hendaklah melakukan senamrobik mengikut rentak seperti yang   disediakan dalam cakera  padat.
2.3       Peserta disarankan untuk melakukan senamrobik sepenuhnya mengikut kemampuan             masing-masing.
2.4       Peserta yang kurang berkemampuan adalah disarankan untuk melakukannya mengikut kemampuan masing-masing.

3.         Penyertaan
3.1         Semua warga Sekolah / IPG / Matrikulasi yang diertikan sebagai berikut:
3.1.1     murid / pelajar (termasuk murid / pelajar berkeperluan khas dan sekolah swasta);
3.1.2     guru, anggota khidmat sokongan;
3.1.3     ikon sukan; dan
3.1.4     VVIP / VIP yang dijemput oleh sekolah, IPG dan Matrikulasi.
3.2         Ibu bapa murid/pelajar digalakkan untuk menyertai senamrobik tersebut.
4.            Pelaksanaan
4.1         Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia hendaklah bermula tepat  pada jam 8.00 pagi. Atur cara yang dicadangkan di bawah adalah sebagai panduan sahaja. Sekolah boleh menyesuaikan pengisian majlis mengikut perancangan sekolah. Atur cara yang dicadangkan adalah seperti berikut:
4.2         Cadangan Atur Cara

                         6.30-7.00 pagi       : Semua Peserta Melapor Diri 
                         7.15 pagi                : Ketibaan Dif-Dif Jemputan
                                                        : Ketibaan Tetamu Kehormat
                         7.30 Pagi               : Perhimpunan rasmi sekolah
                                                        : Bacaan Doa
                                                        : Bacaan Perutusan YAB Timbalan Perdana Menteri
                                                       : Gimik Pelancaran (jika Ada)
8.00 pagi                : Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia
                                 bermula                        
                       10.00 pagi               : P & P bermula atau sebaik sahaja tamatnya sesi  
                                                         Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia

5.            Tempat Senamrobik (keselamatan hendaklah diutamakan)
5.1       Padang sekolah / IPGM / Matrikulasi;
5.2       Kawasan lapang; atau
5.3       Tempat senamrobik yang sesuai dan selamat.



Tuesday 12 June 2012

TAKLIMAT SUKANEKA 2012

Taklimat Sukaneka telah diadakan pada 12 Jun 2012 di Bilik Tayang SK Kuala Jenderis.
Taklimat tersebut disampaikan oleh Penyelaras Sukaneka Sekolah (merangkap Setiausaha Sukan), En. Amran B. Ismail. Diharap apa yang disampaikan oleh Penyelaras itu difahami dan dijelmakan dalam proses gerak kerja dan perlaksanaannya nanti.
Semoga apa yang dirancang akan menjadi kenyataan. ISYA'-ALLAH.....amin!.

Monday 11 June 2012

ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM PERINGKAT KEBANGSAAN 2012

Hari Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum 2012 dilaksanakan pada bulan November 2012.

Makluman Lanjut :
Unit Kokurikulum
Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu
                                


Saturday 9 June 2012

PENGGAL KEDUA 2012

Penggal kedua sesi persekolahan 2012.

Program-program yang bakal dijalankan atau dilaksanakan adalah seperti berikut;

1) Sukaneka 2012 - bulan Julai
2) Sambutan Bulan Kemerdekaan - Bulan Ogos
3) Sambutan Bulan Bahasa - Bulan Oktober

Semoga program ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya mengikut perancangan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Kerja Program.

Sekian, terima kasih.