Saturday 6 October 2012

KEM KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN KEGIATAN KORIKUKLUM 2012

Program ini akan dijalankan pada 9 Oktober 2012
bertempat di Dewan SK Kuala Jenderis, 21700 Kuala Berang.

Tuesday 25 September 2012

LAPORAN KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG

Meliputi;
1. Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang.
2. Program pengisian Bulan Kemerdekaan.
3. Sambutan Hari Kemerdekaan ke 55 - 1 Malaysia Janji Ditepati
4. Majlis Penutup Kempen Kibar Jalur Gemilang

Monday 24 September 2012

MESYUARAT KEWANGAN KOKURIKULUM

Anjuran PPD HT
Kehadiran GPK KO dan PT
Maklumat:
1) Laporan Kewangan Koku dihantar pada 15 Jun dan 31 Oktober setiap tahun.
2) Perbelanjaaan mengikut PK 2008 dan 2012

Maklumat Tambahan
1) Program 1M1S -  Karnival sukan 1m1s peringkat daerah
2) Kewangan Sukan
3) Laporan BOS

http://www.moe.gov.my/?id=162&act=pekeliling&cat=2&info=2008

http://www.moe.gov.my/?id=162&act=pekeliling&cat=2&info=2012

Monday 27 August 2012

KONSEP "BLUE OCEAN STRATEGY" (BOS)


Konsep ini mengandungi Kerangka Kerja 4 langkah iaitu
1. Eliminate - Hapuskan
2. Reduce - Kurangkan
3. Raise - Tingkatkan
4. Create - Ciptakan

Sumber diperolehi dari:

http://infosky.wordpress.com/2008/05/02/strategi-blue-ocean/

Menyatakan bahawa:

Strategi Blue Ocean




“Our challenge is to build a sustainable economy based on innovation and quality in a world where high volume, low quality goods and services will always undercut us on price.”

”The ‘Blue Ocean Strategy’ was an appropriate and timely system that can be adopted by local companies as it directly addressed the issue of expanding market share via innovation and value creation and without having to incur competition like in the existing markets or ‘Red Ocean’.”

”I would like to see more Malaysian companies taking their business into uncharted waters without having to deviate too much from their existing business and expertise.”

—— [Petikan ucapan Datuk Sri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia semasa perasmian Permodalan Nasional Bhd (PNB) International Lectures di K. Lumpur, sebagaimana laporan BERNAMA, pada 22 April 2008. Antara speaker diketengahkan ialah Prof W.Chan Kim – salah seorang penulis buku Blue Ocean Strategy].

PETIKAN ucapan tersebut memperlihatkan saranan Datuk Sri Najib agar usahawan di Malaysia mengambil pendekatan strategi blue ocean dalam mengejar kejayaan dan mencapai objektif perniagaan mereka.

 Saya mula mendengar tentang Blue Ocean Strategy (BOS) ini pada tahun 2006, namun telah lupa tentangnya. Membaca berita oleh BERNAMA tersebut menggerakkan saya mencari semula maklumat tentang strategi yang dikatakan telah banyak memberi kejayaan kepada syarikat yang mempraktik strateginya. Sebagai perkongsian maklumat, dikemukakan di sini secara ringkas mengenai strategi berkenaan.



Latarbelakang Blue Ocean Strategy
• BOS telah dikemukakan di dalam buku bertajuk Blue Ocean Strategy yang diterbitkan pada tahun 2005. Buku ini adalah hasil tulisan bersama W.Chan Kim and RenĂ©e Mauborgne, dua orang profesor strategi & pengurusan di INSTEAD, France. Pada tahun pertama cetakannya buku ini telah mencatat jualan lebih sejuta naskhah, dan kini diterjemah dalam 41 bahasa.

• Kandungan buku BOS memaparkan hasil penyelidikan penulisnya yang memakan masa lebih 15 tahun disamping artikel-artikel dari Harvard Business Review dan akademik lainnya dalam berbagai dimensi yang berkaitan.

• Rumusan kepada BOS diperolehi melalui kajian terhadap 150 tindakan strategik oleh lebih 30 industri dalam tempoh 120 tahun (sekitar 1880 – 2000). Analisa terhadap strategi syarikat yang berjaya berbanding pesaing mereka yang kurang / tidak berjaya telah dilakukan bagi mendapatkan convergence & divergence yang memberikan faktor penentu kejayaan serta pembezaan di kalangan mereka.

• Sebelum diterbitkan dalam bentuk buku, hasil penyelidikan Kim dan Mauborgne tersebut telah disiarkan dari masa kemasa dalam Harvard Business Review mulai tahun 1997. Malah nama Blue Ocean Strategy telah dikemukakan melalui artikel mereka pada tahun 2004.


Konsep Blue Ocean Strategy
 Strategi ini mempromosi pendekatan yang sistematik kearah membina perniagaan dalam persekitaran pasaran yang belum dikenalpasti oleh para pesaing. Dengan demikian, ianya dapat mengelakkan persaingan yang ketara dikalangan syarikat di sesebuah industri sebagaimana yang lazimnya berlaku pada hari ini. Dengan kata lain, BOS memberikan strategi alternatif di mana persaingan adalah tidak releven.

 Untuk memperjelaskan BOS, metafora red oceans dan blue oceans yang mewakili dua situasi pasaran yang berbeza telah dikemukakan oleh penulisnya seperti berikut:

- Red oceans menggambarkan realiti kesemua industri masakini yang mana strukturnya adalah nyata dan diketahui. Di sini, syarikat saling bersaing di antara mereka bagi memiliki kelebihan kompetitif. Oleh kerana demand pasaran berada dalam ruang dan sempadan industri yang tetap dan terhad, maka kejayaan satu syarikat meningkatkan bahagian pasarannya, bererti ia telah mengurangkan bahagian syarikat lain. Dengan kata lain, kondisi persaingan adalah zero-sum-game, iaitu keuntungan yang dicipta oleh sesebuah syarikat adalah melalui kerugian syarikat yang lain. Akhirnya, apabila industri terlalu crowded dan persaingan terlalu ketara / sengit, maka red oceans akan bertukar menjadi bloody.

- Blue oceans pula merupakan analogi kepada ruang pasaran yang lebih luas dan berpotensi. Ianya menggambarkan semua industri yang belum wujud pada masakini, di mana struktur dan sempadan pasaran belum diketahui dan belum diterokai oleh pesaing. Bagi memasuki blue ocean, syarikat perlu mencipta demand yang belum wujud, bukannya bersaing merebut demand yang sediaada. Oleh itu, di blue ocean persaingan dikatakan tidak releven kerana struktur dan strategi perniagaan bakal ditentukan oleh syarikat.

Kemuncak kepada idea yang dikemukakan oleh BOS ialah: Untuk mencapai dan mengekalkan prestasi yang tinggi, syarikat perlu menjana momentum khususnya dalam aspek value innovation. Inovasi ini mestilah berterusan samaada pada syarikat sendiri mahupun pada produk yang disampaikan kepada pengguna. Sehubungannya, BOS mengemukakan kelengkapan, metodologi dan rangka-kerja bagi membentuk dan melaksanakan strategi dengan lebih sistematik dan berkesan.


Kritikan


Di sebalik kenyataan penulisnya tentang kejayaan syarikat-syarikat yang menggunapakai BOS (seperti Cirque du Soleil, Netjets, Southwest dll.), terdapat juga kritikan yang mempertikaikan strategi ini. Di antara kritikan tersebut ialah: Idea yang dikemukakan oleh BOS bukanlah sesuatu yang baru; Samaada idea tersebut hanyalah descriptive bukannya prescriptive, dan; Sesetengah hipotesis yang membawa kepada rumusan idea dalam BOS diperolehi melalui skop kajian yang tidak cukup meluas.


WALAU apa pun senarionya, idea yang dikemukakan oleh BOS tetap menjadi alternatif kepada setiap perniagaan yang berinovatif. Usahawan, samaada di Malaysia mahupun di mana sahaja, boleh menilai dan membuat keputusan untuk mengambil faedah daripada BOS. Kata-kata Professor D. Quinn Mills dari Harvard Business School ini mungkin boleh dijadikan dorongan: “BOS was a concept that embodied entrepreneurship and innovation. It’s about creative ideas and the desire to do things faster and cheaper, possibly through technological advances or other means to expand existing business and/or capture demand in un-met or un-served markets.”

SAMBUTAN RAYA MERDEKA


Tuesday 7 August 2012

TAKLIMAT BERSAMA KS SPPK

Taklimat SPPK kepada GPK KO dan Setiausaha Sukan PPDHT pada 9:00 pg hingga 2:00 ptg di Dewan SMK Bukit Diman.

Maklumat Taklimat adalah untuk Bahagian Sukan.

Thursday 2 August 2012

SELAMAT BERSARA TUAN GURU BESAR!


Kami Warga KOKURIKULUM SKKJ mengucapkan selamat bersara......semoga menempuh hari mendatang yang baik dan sempurna. Segala jasa-jasa mu dicatatkan dalam dairi kenangan SK Kuala Jenderis selamanya.

Tuesday 17 July 2012

PELANCARAN KEMPEN KIBAR BENDERA 2012

Kemerdekaan negara kita, Malaysia dah mencecah 55 tahun. Sempena kemerdekaan pada tahun ini, kempen kibar jalur gemilang (17 Julai - 16 September 2012). Beberapa program telah dirancang oleh Penyelaras program Kemerdekaan, Pn. Tn. Shripah Rabiah Bt. Sayed Ali seperti

a) Majlis Pelancaran Kempen

b) Nyanyi Lagu Patriotik sepanjang tempoh kempen

c) Kuiz Kemerdekaan

d) Sambutan Hari Kemerdekaan

e) Majlis Penutup Kempen

Thursday 5 July 2012

Tuesday 3 July 2012

GERKO MINGGU KE 24

Mesyuarat PIBG SK Kuala Jenderis dan Temu Murni Ibubapa murid tahun 6 diadakan pada hari ini. Oleh yang demikian, aktiviti Gerak Kokurikulum ditunda ke minggu seterusnya.

Wednesday 27 June 2012

GERKO MINGGU KE 23

Program hari ini adalah....
1) Perlawanan Bola Sepak antara Rumah (Lelaki)
2) Pelawanan Bola Tampar antara Rumah (Perempuan)

Johan Bola Sepak - Rumah Kuning
Johan Bola Tampar - Rumah Kuning

Wednesday 20 June 2012

SENAMROBIK SERENTAK 1M1S 1 MALAYSIA 2012

1. Tarikh dan masa
           1.1        Tarikh : 10 Julai 2012 (Selasa)
1.2       Masa bermula senamrobik  : 8.00 pagi

2.         Tempoh Masa Senamrobik
2.1       Masa senamrobik adalah selama 35 minit.
2.2       Peserta seboleh-bolehnya hendaklah melakukan senamrobik mengikut rentak seperti yang   disediakan dalam cakera  padat.
2.3       Peserta disarankan untuk melakukan senamrobik sepenuhnya mengikut kemampuan             masing-masing.
2.4       Peserta yang kurang berkemampuan adalah disarankan untuk melakukannya mengikut kemampuan masing-masing.

3.         Penyertaan
3.1         Semua warga Sekolah / IPG / Matrikulasi yang diertikan sebagai berikut:
3.1.1     murid / pelajar (termasuk murid / pelajar berkeperluan khas dan sekolah swasta);
3.1.2     guru, anggota khidmat sokongan;
3.1.3     ikon sukan; dan
3.1.4     VVIP / VIP yang dijemput oleh sekolah, IPG dan Matrikulasi.
3.2         Ibu bapa murid/pelajar digalakkan untuk menyertai senamrobik tersebut.
4.            Pelaksanaan
4.1         Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia hendaklah bermula tepat  pada jam 8.00 pagi. Atur cara yang dicadangkan di bawah adalah sebagai panduan sahaja. Sekolah boleh menyesuaikan pengisian majlis mengikut perancangan sekolah. Atur cara yang dicadangkan adalah seperti berikut:
4.2         Cadangan Atur Cara

                         6.30-7.00 pagi       : Semua Peserta Melapor Diri 
                         7.15 pagi                : Ketibaan Dif-Dif Jemputan
                                                        : Ketibaan Tetamu Kehormat
                         7.30 Pagi               : Perhimpunan rasmi sekolah
                                                        : Bacaan Doa
                                                        : Bacaan Perutusan YAB Timbalan Perdana Menteri
                                                       : Gimik Pelancaran (jika Ada)
8.00 pagi                : Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia
                                 bermula                        
                       10.00 pagi               : P & P bermula atau sebaik sahaja tamatnya sesi  
                                                         Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia

5.            Tempat Senamrobik (keselamatan hendaklah diutamakan)
5.1       Padang sekolah / IPGM / Matrikulasi;
5.2       Kawasan lapang; atau
5.3       Tempat senamrobik yang sesuai dan selamat.



Tuesday 12 June 2012

TAKLIMAT SUKANEKA 2012

Taklimat Sukaneka telah diadakan pada 12 Jun 2012 di Bilik Tayang SK Kuala Jenderis.
Taklimat tersebut disampaikan oleh Penyelaras Sukaneka Sekolah (merangkap Setiausaha Sukan), En. Amran B. Ismail. Diharap apa yang disampaikan oleh Penyelaras itu difahami dan dijelmakan dalam proses gerak kerja dan perlaksanaannya nanti.
Semoga apa yang dirancang akan menjadi kenyataan. ISYA'-ALLAH.....amin!.

Monday 11 June 2012

ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM PERINGKAT KEBANGSAAN 2012

Hari Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum 2012 dilaksanakan pada bulan November 2012.

Makluman Lanjut :
Unit Kokurikulum
Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu
                                


Saturday 9 June 2012

PENGGAL KEDUA 2012

Penggal kedua sesi persekolahan 2012.

Program-program yang bakal dijalankan atau dilaksanakan adalah seperti berikut;

1) Sukaneka 2012 - bulan Julai
2) Sambutan Bulan Kemerdekaan - Bulan Ogos
3) Sambutan Bulan Bahasa - Bulan Oktober

Semoga program ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya mengikut perancangan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Kerja Program.

Sekian, terima kasih.

Wednesday 30 May 2012

INFO TERKINI

Alhamdulillah......

Jawatankuasa Induk dan Kerja telah di upload dalam blog ini.

Moga memberi berguna untuk SEMUA!

Tuesday 22 May 2012

Kata Aluan Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Assalamualaikum, Salam 1Malaysia dan Salam 1SKKJ.

Selamat datang ke blog KOKURIKULUM SKKJ. Semoga blog ini memberi manfaat kepada warga SKKJ kursusnya dan semua secara umumnya.

Selamat menerokai kokurikulum SKKJ di alam maya!

Sekian, terima kasih.

GPKO
wmsyukri

Tuesday 24 April 2012

LAGU 1M1S

LIRIK LAGU 1M 1S

Mendukung cita-cita
Aspirasi negara
Membangun modal insan
Generasi cemerlang

Sukan untuk semua
Untuk kecemerlangan
Jadikan satu budaya
Demi negaraku Malaysia

1Murid 1Sukan
Sukan untuk semua
1Murid 1Sukan
Sukan untuk kecemerlangan

1Murid 1Sukan
Badan sihat otak cerdas
1Murid 1Sukan
Majulah sukan untuk Negara

Kecergasan jasmani
Sahsiah dan jati diri
Memupuk perpaduan
Gagasan 1Malaysia

1Murid 1Sukan
Sukan untuk semua
1Murid 1Sukan
Sukan untuk kecemerlangan

1Murid 1Sukan
Badan sihat otak cerdas
1Murid 1Sukan
Majulah sukan untuk negara


Last Updated on Tuesday, 24 April 2012 03:21